SUDI- SUDIKANLAH MENINGGALKAN PESANAN DI SINI


   

<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31






Familiazam Weblog





al_quazam at yahoo dot com


 

Sila Kunjungi:
Famili Azam Dot Com
Famili Azam FotoPages

Hasil Kerja Aku:
Khidmat Webmaster
Data Saham Dot Com
Imtiaz Consultancy
Zu Seri Pengantin
Raza Computer
Zul Kusyen
D'Fenders Band
Perabut S&R
Pusat Sumber Bestari
JKD Perdagangan
SK Getang
SM Agama Pt Raja

Blog Rakan:
Wkdin
Man Moncang
Seri Pelangi
Nuurieonline
Anakmuar
Wak Jaman
Cg mohd
Abrar
Dak Aman
Norazlina
Lelangau Cyber




Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

Monday, March 23, 2009
Advertisement


Nak Kahwin?
tapi... TAK CUKUP DUIT?
Dapatkan Rahsia Mengumpul & Menjana Wang Untuk Perkahwinan Anda.

 
Kerap mengalami pancutan pra matang? Pelajarilah seni melambatkan PANCUTAN untuk kebahagiaan rumahtangga anda.

 
Dapatkan pewangi tanpa alkohol buatan Malaysia yang lebih ekslusif dan mesra pengguna.


Pelajari bahasa Al-Quran dengan cara mudah walau dimana anda berada.

 
Perlukan web hosting? Dapatkan dari serendah RM99 setahun.

Kedai Online
Miliki Kedai Online Anda Dengan Niaga Kit


Ketahui Rahsia Lulus Temuduga SPA Dengan Mudahnya Dan Seterusnya Bergelar sebagai
PENJAWAT AWAM!!

 
Ketahuilah rahsia untuk  "pancutkan isteri" demi kebahagiaan rumahtangga anda.

 
PERCUMA! Jom sertai "Program Pay Per Lead Rahsia Menjadi Pro Affiliate" untuk pendapatan tambahan


Posted at 12:30 am by al_quazam
Make a comment

Sunday, December 07, 2008
Harijadi Neesa

Setahun sudah usia anak bungsu saya Neesa. hari ini adalah haru ulang tahun kelahirannya. Kami buat majlis kecil-kecilan. Hanya menjemput ibu mentua dan adik beradik sahaja. Walaupun Neesa yang menyambut hari ulangtahun, namun saya sediakan juga hadiah untuk semua anak-anak saya serta dua orang anak saudara saya. Saja buat mereka gembira.

Kek ditaja oleh adik ipar saya, bukan beli tapi buat sendiri. Ibu mentua datang dengan satu beg keropok ikan yang siap digoreng siap dengan sos sekali. Kami sediakan tomyam ayam dan nasi putih berlauk kangkong goreng dan telur dadar bersama minuman air anggur ais. Ada juga kopi O panas.


Tomyam ayam, telur dadar, kangkung goreng ikan masin dan nasi putih.


Kek sponsor buatan adik ipar.


Upacara memotong kek.


Bungkusan hadiah dan hidangan.


Abang ipar bersama isteri dan anak (Hanif).


Buka hadiah….


Gembiranya Fikrie dapat hadiah alat tulis.


Ojan menghulur tukul pet pet hadiah untuk Hanif.


Posted at 10:13 am by al_quazam
Make a comment

Thursday, December 04, 2008
Masalah PC

Dah lebih sebulan tak kemaskini blog, banyak sebab sebenarnya. Tapi sebab utamanya adalah kerana PC meragam lagi. Hard Disk Hitachi yang saya beli belum sampai setahun dah rosak. Nak tunggu ganti memakan masa juga. Nak beli baru sayang pulak sebab masih dalam waranti. Hari ini Tok Long, datuk saudara isteri saya meninggal dunia kerana sakit tua. Isteri saya menghubungi saya kira-kira jam 8.45 pagi ketika saya sedang berkerja. Saya memohon cuti dan pulang pada jam 9.00 pagi. Kami sekeluarga pergi melawat kerumah Tok Long di Parit Amal. Tok Long dikebumikan selepas solat zohor. Al-Fatihah, Semoga dicucuri rahmat keatas rohnya

Posted at 9:06 pm by al_quazam
Make a comment

Sunday, August 31, 2008
Berita Terkini

Mulai 11 hb Ogos 2008, aku telah menggunakan hosting berbayar. Oleh kerana itu, maka aku juga mahu memindahkan blog aku dari blogspot ke hosting saya sendiri. Oleh kerana hanya ada tiga pilihan di Fantastico, iaitu b2evolution, Nucleus dan WordPress maka aku memilih untuk install WordPress kerana saya tidak mempunyai pengetahuan langsung tentang b2evolution dan Nucleus. Rupanya macam-macam widget boleh diguna kalau kita install wordpress di hosting berbayar. Sebelum ni aku cuma buat wordpress di wordpress.com secara percuma. Macam-macam widget tak boleh guna dan server agak lembab. Jadi.... Jom berkunjung ke http://www.familiazam.com/myblog/

Posted at 1:32 pm by al_quazam
Make a comment

Thursday, May 22, 2008
Antara blogspot dan wordpress

akhirnya aku dapati blogspot mempunyai banyak kelebihan berbanding wordpress atau aku yang tak cukup explore. Banyak widget tidak boleh diguna di wordpress. Kelebihan wordpress yang aku nampak, kita boleh menambah page dalam blog kita.

Oleh kerana itu aku mengajak korang untuk berkunjung ke Blog aku yang baru di blogspot.


Posted at 11:03 pm by al_quazam
Make a comment

Wednesday, April 30, 2008
Pindah Tapak

Sejak beberapa hari ni ramai pulak rakan yang ajak pindah tapak, dalam rasa nak tak nak, tergerak jugak nak ikut pindah. Khabarnya tapak baru lebih baik.... Maka demi tak menghampakan kawan, dan sikap ingin tahu saya, maka saya pun berpindah tapak juga....

Jom ke tapak baru saya.....

http://familiazam.wordpress.com


Posted at 2:07 am by al_quazam
Make a comment

Sunday, April 13, 2008
Anisa Sakit Mata

Sejak semalam lagi mata Anisa kelihatan kemerahan. Hari ini aku membawanya ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk mendapatkan rawatan kerana Klinik Komuniti Maharani tutup. Kasihan sungguh melihat keadaan Anisa. Suaranya sayu sahaja. Baru ber usia 4 bulan dah kena sakit mata.

DOA MOHON KEBAHAGIAAN SEPANJANG HARI
Wahai Allah, jadikanlah hari kita ini merupakan kebaikan, sedang pertengahannya merupakan kebahagiaan dan penghabisannya merupakan keuntungan.

Posted at 12:09 pm by al_quazam
Make a comment

Saturday, August 05, 2006
Selamatkan ISLAM

Assalamualaikum

Alhamdulillah, kita jauh dari peperangan yang melanda di Asia Barat. Tetapi, hati meronta-ronta mengenangkan saudara-saudara kita di sana.
Mungkin ada yang berkata "Kalau lah aku ada sebuah jet pejuang, akan ku bedil kafirun Yahudi".
Mungkin ada yang berkata "Kalaulah aku ada magik, akan ku hapuskan rejim zionis satu persatu"
Dan bermacam-macam lagi, ramai yang mengharapkan kemenangan Islam.

PELIK TAPI BENAR!!!!!!
Tuan-tuan:- Dengan izin Allah dan dengan penuh keyakinan dan keimanan, saya mohon tuan tuan berdoa kepada Allah memohon bantuan.

RAHSIA MUKJIZAT AL QURAN
Mari kita bertafakur, Dengan penuh keyakinan, fahami terjemahan dan maksud surah Al-Fil.............
Bacakan surah tersebut dibibir dengan hati mengingati peristiwa kehancuran tentera Bergajah.

KEMUDIAN BERDOALAH BEGINI:-
"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah........ turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Lubnan, hancurkanlah rejim zionis.........      amin...."

(kemudian dibaca surah Al Fil sambil membayangkan kehancuran tentera Yahudi -dihancurkan dengan Izin Allah)

Selepas anda membuat apa yang saya  anjurkan,  Sila lipatgandakan doa ini,
Bayangkan jika anda m'hantar kepada 7 org... Maka 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 = 823453 orang akan berbuat perkara yang sama, kemudian 823453 X 7 = 5.8 juta orang.........

InsyaAllah

Hantarkan la seberapa byk yg taulan yg anda inginkan,jgnla m'harapkan sesuatu melainkan redha Allah kpd kita semua umat

Islam.sesungguhnya Allah maha pemurah lagi mengasihani, mendengar doa kita.
Adalah dialu-alukan kepada sesiapa yang berinisiatif menterjemahkan dalam bahasa Inggeris untuk dihantar ke saudara Islam di UK dan US serta pelusuk dunia.

SEBARKANLAH....

Posted at 6:38 pm by al_quazam
Comments (1)

Tuesday, January 24, 2006
Pesanan Isteri Untuk Suami

1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4 Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuni nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan  sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

1 0. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami"degil" tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?

18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Jangan buat tak tahu kalau Isteri merajuk atau berkecll hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!


Posted at 10:40 pm by al_quazam
Make a comment

Saturday, September 03, 2005
Ujian selalunya membuat kita lebih tabah

Hidup ini penuh dengan ujian. Memang perit dan pedih untuk menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep "ujian" di dalam perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila kita buruk sangka terhadap Allah SWT. Jadi, bagaimana ingin memujuk hati yang sedang berduka lara itu???
Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah....dan bacalah Al Quran... sesungguhnya, banyaklah sudah isi-isi yang tersingkap di dalamnya...... segala jawapan ada di dalamnya....

Kenapa aku diuji?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
-Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa ujian seberat ini?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-Surah Al-Baqarah ayat 286

Rasa Frust?
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
- Surah Al-Imran ayat 139

Bagaimana aku harus menghadapinya?
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan).
- Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk".
- Surah Al-Baqarah ayat 45

Apa yang aku dapat daripada semua ini?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka....
-Surah At-Taubah ayat 111

Kepada siapa aku berharap?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya.
Hanya kepadaNya aku bertawakkal. dicuri dari
-Surah At-Taubah ayat 129

Aku dah tak tahan lagi !
......dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
- Surah Yusuf ayat 12

Sumber: Foward E-mail


Posted at 3:24 am by al_quazam
Make a comment

Next Page