SUDI- SUDIKANLAH MENINGGALKAN PESANAN DI SINI


   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30






Familiazam Weblog





al_quazam at yahoo dot com


 

Sila Kunjungi:
Famili Azam Dot Com
Famili Azam FotoPages

Hasil Kerja Aku:
Khidmat Webmaster
Data Saham Dot Com
Imtiaz Consultancy
Zu Seri Pengantin
Raza Computer
Zul Kusyen
D'Fenders Band
Perabut S&R
Pusat Sumber Bestari
JKD Perdagangan
SK Getang
SM Agama Pt Raja

Blog Rakan:
Wkdin
Man Moncang
Seri Pelangi
Nuurieonline
Anakmuar
Wak Jaman
Cg mohd
Abrar
Dak Aman
Norazlina
Lelangau Cyber




Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

Sunday, August 28, 2005
Ortopedik & Fisiotrapi

Pagi Rabu 24 hb. Ogos aku ke klinik ortopedik hospital pakar Sultanah Fatimah kerana ada temujanji untuk pemeriksaan. Mengikut jadual yang tertulis di kad aku pada jam 9.00 pagi. Semasa aku sampai masih tak ramai orang dan aku mendapat giliran ke empat. Doktor Mohd. Shaffid memeriksa tangan aku dan mengatakan aku perlu untuk buat temujanji dengan klinik fisiotrapi dan aku di arahkan untuk berjumpa pegawai di bahagian itu. Doktor memberi aku cuti sakit sehingga 19hb. September 2005. Selepas pemeriksaan aku pun menuju ke bahagian fisiotrapi dan membuat temujanji. Temujanji pertama dijadualkan pada 25hb. Ogos jam 8.00 Pagi.

Pagi Khamis sewaktu menyiapkan sarapan pagi, gas pulak habis. Nasib baik jugak sempat menjerang air. Jadi sarapan roti sajalah hari ini. Jam 7.30 pagi aku bertolak ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk temujanji di klinik fisiotrapi dan akhirnya aku di arahkan kebahagian gym. Setelah melakukan beberapa senaman yang diarahkan, aku pun dibenarkan pulang.

Sesampainya di rumah aku terus mengambil tong gas dan membawanya ke kedai untuk ditukar dengan yang baru. Malangnya gas pula telah habis dijual dan pekedai memaklumkan tengahari nanti baru bekalan tiba. Mahu tak mahu terpaksa juga menunggu sehingga tengahari. Segan pulak nak pergi ke kedai lain sebab dah selalu ke situ.

MC sampai 19hb. Oktober 2005, lama lagi tu sebulan lebih... tak sangka pulak begitu serius kecederaan yang aku alami sedangkan kalau nak diikutkan kemalangan tu tak seberapa. Inilah yang dikatakan nasib malang menimpa. Namun aku percaya ada hikmah disebalik kejadian. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui.


Wahai Tuhan
Ku tak layak ke syurgaMu
Namun tak pula aku sanggup
ke nerakaMu

Ampunkan dosaku
terimalah taubatku
sesungguhnya
Engakaulah pengampun
dosa-dosa besar

Ila hil las ku dil firdaus si ann laa
Wala akwa alan nabi jahimi
Fahab li taubatau wa fii zunu bi
fa in na ka dzo firuzambil azimi

Dosa-dosaku
bagaikan pepasir dipantai
dengan rahmat Mu
ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan
selamatkan kami ini
dari segala
kejahatan dan kecelakaan

kami takut kami harap kepada Mu
suburkanlah cinta kami kepada Mu

Kamilah hamba
yang mengharap
belas darimu....


Posted at 2:13 am by al_quazam
Make a comment

Wednesday, August 24, 2005
Lama tak add entry...

Lama sungguh tak ada entry baru kat blog aku, kesian kat para pengunjung. Aku sendiri pun ada kalanya meminati blog sesaorang, hampir setiap hari menjadi pengunjung. Tapi bila blog sepi tanpa entry dalam jangkamasa yang agak panjang, aku jadi hambar untuk terus berkunjung.

Sejak kemalangan yang menimpa aku awal julai lalu, aku memang banyak masa menghadap pc tapi entah kenapa macam lupa pulak pada blog ni bila sibuk dengan php nuke. Bina portal JKD Perdagangan dan Imtiaz Training & Concultancy, kemudian portal SK Parit Bakar Tengah yang belum siap lagi sebab tak mendapat bahan dari pihak sekolah, manage Laman PHP Nuka Famili Azam Dot Com dan Imtiaz. Portal JKD aku tak buat managment, aku serah terus pada Boss Raza Computer sebab projek tu under Raza Computer.

Bulan julai walau aku cuti, ada juga hasil masuk dari portal yang aku bina, lepas tu tak ada lagi projek buat web. Manage laman sendiri mana ada hasil....  Bila cuti terlalu lama, hasil pun tak masuk, yelah macam aku ni kalau tak keja siapa nak dapat gaji. Keadaan ini memaksa isteri aku pula keluar bekerja dan aku pula duduk rumah menjaga anak-anak. Kesian jugak kat isteri aku tu terpaksa berbuat begitu untuk menampung keperluan perbelanjaan keluarga.

Isteri aku masuk kerja jam 11.00 malam dan pulang jam 7.00 pagi. Jam 10.15 malam dah bertolak pergi kerja dan pulang sekitar jam 7.30 pagi. Aku cuma boleh bantu sikit-sikit jer, basuh pakaian dan sidai. Kalau aku yang masak, anak-anak aku tak berapa selera nak makan sebab diaorang kata masakan ayah tak sedap.... apa nak buat, dulu masa bujang pun asyik bedal maggi jer.

Siang hari isteri aku lebih banyak tidur, yelah malam dah berjaga. Mana sama tidur malam 6-8 jam dengan tidur siang yang sering terjaga. Kesian dia penat kerana berkorban untuk aku dan anak-anak. Nanti bila aku dah masuk kerja semula biarlah dia jadi surirumah sepenuh masa seperti sebelumnya.

Basuh pinggan ni paling aku tak minat, tapi kena buat jugak. Tapi tak semua aku basuh, tolong sikit-sikit jer. Lepas isteri aku pergi kerja, aku pun tidur sebab kena bangun awal untuk siapkan sarapan pagi untuk anak-anak sebelum kesekolah. Lepas tu hantar anak aku yang dalam tahun 2 dan pra sekolah. Along dan angah yang berada di tahun 6 dan 4 naik basikal sendiri.

Jam 11.00 pagi jemput anak pra sekolah, jam 12.30 tengahari jemput anak yang tahun 3, Jam 2.00 petang hantar kesekolah agama, jam 3.30 petang jemput dari sekolah agama dan hantar ke kelas mengaji. jam 4.30 petang jemput dari mengaji. Biasanya along dan angah akan tidur sebentar semasa rehat tengahari. Kena kerah untuk pergi kelas mengaji jam 2.30 petang. Budak lelaki ni liat sikit, banyak songel. Katanya penat, ngantuk, nak tidur dan macam-macam lagi.

Lepas along dan angah ke kelas mengaji, mereka kan terus ke sekolah agama dan pulang jam 6.30 petang. Aku tulis ni pun sebab  tadi terjaga bila si bungsu mintak susu, dah buatkan susu dia tidur semula dan aku ambil peluang mentenet. Ish! sedar tak sedar dah jam 2.15 pagi ni, esok jam 9.00 pagi nak ke hospital sebab ada temujanji dengan bahagian otorpedik untuk pemeriksaan tangan aku yang belum sembuh sepenuhnya.

Doakan kesejahteraan kami sekeluarga ye....


Posted at 2:23 am by al_quazam
Comments (2)

Saturday, August 20, 2005
Bendera & Jalur Gemilang

MAKSUD BENDERA

Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang yang sama lebarnya, tanda keanggotaan yang sama Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan PersekutuanWarna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

MAKSUD JALUR GEMILANG

JALUR- menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.

GEMILANG- bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian, Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekalipun sama ada di dalam atau di luar negara.

Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.

Jalur atau Bendera melambangkan citra atau imej negara dan rakyat yang patriotis, gigih, gagah dan berani menghadapi cabaran serta sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara. Warna merah melambangkan gagah dan berani menghadapi cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran budi dan warna biru melambangkan rakyat yang bersatu padu dan hidup rukun damai. Warna kuning pula melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.

Sumber: Foward Email


Posted at 5:04 am by al_quazam
Make a comment

Monday, August 08, 2005
Salam Kemerdekaan

Kibarkan Jalur Gemilang

Jom masukkan bendera malaysia kat blog kita sempena bulan kemerdekaan.....
Kalau kalau kat blogdrive, masuk ke MAIN TEMPLET EDIT

Masukkan skrip ini dibawah tag body

<script type="text/javascript" src="http://merdeka.weblogscenter.com/band/merdekaband.js"></script>

Jadi macam ni:

</HEAD>
<noscript>Zbody></script>
<BODY>
<script type="text/javascript" src="http://merdeka.weblogscenter.com/band/merdekaband.js"></script>
<br>

"SALAM KEMERDEKAAN DARI KAMI SEKELUARGA BUAT SEMUA PENGUNJUNG"

PERHATIAN: MULANYA SKRIPT INI BERFUNGSI DENGAN BAIK, TAPI SEKARANG NAMPAKNYA MENIMBULKAN KECACATAN PADA BANNER, JADI AKU BUANG, TAKNAK PAKAI.... 19.08.2005

 


Posted at 12:02 pm by al_quazam
Make a comment

Saturday, July 23, 2005
Portal Imtaiz TC

Dalam bercuti panjang ni, baik juga ada kerja yang boleh dilakukan, Satu lagi portal telah disiapkan, kali ini portal Imtiaz Training & Concultancy yang beroprasi di Rengit, Batu Pahat Johor. Portal ini menggunakan khidmat hosting dari Muarmaya dan telah di bina oleh Al Quazam. Ianya juga adalah up gred dari laman sebelumnya yang dibina dengan menggunakan FrontPages.

Imtiaz Training & Concultancy adalah sebuah syarikat perniagaan bumiputera yang memberi perkhidmatan kaunseling dan motivasi. Mereka juga menyediakan kelas tuisyen untuk pelajar pelajar sekolah dan kelas komputer. Kepada pengunjung weblog familiazam, silakan klik banner di atas untuk melawat portal baru ini.

Setidak tidaknya ada juga hasil yang masuk dalam masa cuti ni. Inilah yang dikatakan rezeki. Benarlah setiap kejadian ada hikmahnya. Kalau aku tak cuti entah berapa lama portal ini nak disiapkan.

DOA MENGHADAPI MUSUH YANG MENGANCAM DIRI KITA
Cukup aku berpegang kepada Allah dari segala sesuatu, Allah mengalahkan  segala sesuatu, tidak terhenti sesuatu kerana perintah Allah, tidak ada daya dan kekuatan, hanya daya dan kekuatan Allah yang maha tinggi dan maha besar
.


Posted at 7:33 pm by al_quazam
Make a comment

Wednesday, July 13, 2005
Up Gred Laman

Bosan jugak cuti lama-lama ni bila tak ada apa nak buat, nasib baik juga kerja-kerja upgred laman Famili Azam Dot com versi html ke versi php dapat juga menghilangkan kebosananku. Dalam pada itu aku juga mendapat projek untuk up gred Laman JKD Perdagangan ke versi php juga. Maka wujud Portal JKD Perdagangan, aku mulanya gunakan theme berwarna coklat tapi akhirnya aku gunakan theme XPit dengan mengubah warna background putih sebagai default theme. Lain-lain theme dan item yang tidak perlu terpaksa aku padamkan kerana ruang web yang dah semakin sesak.

 Portal J.K.D Perdagangan Daerah Patu Pahat

 Laman PHP Nuke Famili Azam Dot Com

Ni kira nak buat promosi jugaklah, Kepada sesiapa yang punya kelapangan silalah layari ke dua laman php yang sedang aku bina. iaitu Laman PHP Nuke Famili Azam Dot Com dan Laman J.K.D Perdagangan Daerah Batu Pahat.

DOA MOHON DIHIDUPKAN HATI
Ya Allah Tuhan yang maha hidip, berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan yang maha besar dan maha mulia, Ya Allah tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada Mu semuga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah Mu. Ya Tuhan ku yang maha kasih sayang.


Posted at 11:53 am by al_quazam
Comments (1)

Tuesday, July 05, 2005
Aktiviti 3 Hari

Ahad 3hb. Julai 2005

Pagi ini aku ke bandar Muar untuk membeli beberapa keperluan, selepas itu aku sekeluarga kerumah mak mentua aku dan makan tengahari di sana. Selepas makan aku kerumah atok Arah yang terletak di belakang rumah. saja nak jalan-jalan. kalau hari bekerja aku memang tak ada peluang nak jalan-jalan. Jam 2.30 petang aku dan isteri aku pulang kerumah. Anak -anak aku tinggalkan di rumah mentua kecuali anak bungsu aku. Aku menghadap PC untuk update Laman PHP Nuke Famili Azam Dot Com. Untung juga aku dapat bantuan online dari adik aku yang bekerja di Raza Computer. Terkial-kial jugak aku sebab memang tak ada asas dalam hal PHP ni.

Laman ni aku sebenarnya cuma buat tapak ujian. Minat aku kearah PHP Nuke pun bukan mendalam sangat, sekadar nak mencuba sesuatu yang baru sebagai pengetahuan dan rasa taknak tertinggal jauh dari rakan-rakan lain yang dah memulakan projek PHP Nuke ni lebih awal. Adik aku dah menghasilkan tiga portal iaitu SMKKM, Pemuda UMNO Batu Pahat dan Lelangau Cyber, Rakan aku Mohd. Zaki dah awal-awal lagi berjaya dengan e-keluarga dan sekarang ni tengah study mamboo pulak untuk laman bicarahati.com. Diam tak diam, adik aku pun dah mula study xoops.

Malam lepas maghrib, aku kerumah mak mentua lagi sebab ada sambutan hari jadi anak sedara aku Mohd. Fauzan (anak abang ipar aku) yang ke 2 tahun. Ada makan-makan lagi. Kami hadiahkan satu topi keledar berwarna biru untuknya. Lepas makan-makan rehat sebentar dan balik ke rumah.

 Kek Hari jadi Mohd Fauzan

Mohd. Fauzan dan Ibubapanya 

Lazatnya.... 

 Mohd. Fauzan meniup lilin



Isnin 4hb. Julai 2005

Pagi  jam 7.10 aku menghantar dua orang anak ke sekolah, kemudian aku menghantar anak bungsu aku ke rumah mak mentua sebab aku nak ke hospital bersama isteri aku. Susah nak bawa anak naik motor, jadi aku pergi berdua saja. Sampai di Hospital pakar Tengku Fatimah aku diarahkan untuk ke Poliklinik Komuniti Bandar Maharani dan akhirnya aku mendapatkan pemeriksaan awal di bilik nombor 4. Diberi 3 jenis ubat, kemudian aku diarahkan untuk ke bahagian otopedik di Hospital Pakar Tengku Fatimah.

Doktor menyarankan agar tangan kiri aku disimen, tetapi aku menolak dengan alasan alat yang dipasangkan ke tangan aku oleh Doktor Balber Singh sudah memadai. (Aku tak tahu apa nama alat ni.- sila tengok gambar) memandangkan keretakkan tulang yang aku alami juga tidak terlalu serius. Akhirnya satu temujanji diatur pada jam 12.30 tengahari 27hb. Julai 2005. Aku diberi cuti sehingga tarikh itu.

Malam ni pula sambut hari jadi anak aku Fatin Aniza yang ke 6. Aku beli kek yang sama dengan kek hari jadi Mohd. Fauzan atas permintaan anak aku. sedap jugak kek ni, semalam dapat jamah sikit, yelah kat majlis orang... Abang ipar aku hadiahkan sepasang baju tidur untuk Fatin Aniza. Sukanya dia, terus jer di pakai baju tu. Tak payah nak tunggu basuh dulu....

 Entah apa nama benda ni

Kek hari jadi Fatin Aniza 

 Fatin Aniza Memotong Kek

Aku & Anak-anak 

 Hidangan Tersedia

 Aku & Anak-anak Perempuanku


Selasa 5hb. Julai 2005

Pagi lepas hantar anak kesekolah, aku dok menghadap PC sambil tunggu isteri aku siap mengemas, mencuci kain dan memasak. Sikit aku tak tolong. Ye lah tengah sakit tangan ni he he he... Jam 11.30 pagi  ambil anak kat kelas pra sekolah dan hantar kerumah mak mentua bersama dengan si bungsu. Aku ke bandar lagi dengan isteri aku untuk membeli barang keperluan. Susah jugak macam ni asyik nak hantar anak kerumah mentua bila ada hal. Kereta aku dah dua bulan kat bengkel welding tak siap-siap lagi. jenuh aku menunggu....

Sekitar jam 2.35 petang tatkala asyik menghadap PC datang pulak orang siam jual keropok. Rupanya bukan saja jual keropok malah ada jual bermacam minyak. Minyak urut, minyak lintah, minyak angin , ubat gatal-gatal dan ubat "tahan lama". Aku beli sebungkus keropok saja dengan harga RM3.00. Bayar pun pakai duit syilling.... hujung bulan beb, gaji tak keluar lagi!

DOA MINTA MULIAKAN KELUARGA
Ya Allah! berikanlah bagi kami isteri dan anak-anak yang menyenangkan hati dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.


Posted at 3:28 pm by al_quazam
Make a comment

Saturday, July 02, 2005
Tulang Retak

Pagi tadi jam 7.00 pagi aku kerumah boss kilang aku sebab nak mintak cuti, tangan kiri aku bengkak lagi. Mungkin kerana aku buat kerja lasak sepanjang 2 hari ni, dan semalam terjadi kemalangan kecil di tempat kerja semasa aku sedang menarik jack pengangkat kayu, tetiba terlangar reja kayu dan akhirnya susunan kayu hampir tumbang dan aku segera menahannya lalu tangan aku tergeliat. Malam semalam terasa sakit benar dan aku memanggil tukang urut kerumah untuk mengurut tangan aku tu.

Jam 8.45 pagi aku ketempat kerja aku bersama isteri, mintak surat untuk ke klinik panel dan kemudian aku ke klinik Dr. Balber Singh di pekan Parit Jawa. Setelah di x ray, doktor dapati ada sedikit keretakkan di tulang tangan kiri aku dan doktor mencadangkan untuk ke Hospital pada hari isnin. Doktor berikan satu surat untuk rujukan ke Hospital dan gambar x ray.

Jenuh juga memikirkan tentang nasib aku, kalau tak ikut prosedur untuk kehospital, tak dapat nak claim socso dan insuran, kalau diikutkam maka kemungkinan aku terpaksa bercuti panjang bila tangan dah kena simen. Ni yang memeningkan kepala, aku bukan reti nak duduk diam lagi-lagi dalam keadaan yang kurang selesa begini. Harap-harap hari isnin nanti ada perkembangan yang lebih positif bila buat pemeriksaan di hospital.

DOA MOHON DIBERI HIKMAH KEBIJAKSANAAN
Ya Allah, bukakanlah kepada kami hikmat Mu, dan limpahkanlah atas kami rahmat dari perbendaharaan rahmat Mu, Ya Allah Tuhan kami yang maha kasih sayang.


Posted at 11:35 pm by al_quazam
Make a comment

Thursday, June 09, 2005
Hari Jadi Mak

 

 

 

 


Hari ini Khamis 09hb. Jun 2005 adalah hari ulang tahun kelahiran mak mentua aku. Kami berpakat untuk adakan sedikit jamuan di rumah aku. Perbelanjaan kira kongsi-kongsiler. Aku dah 3 hari tak keja, entah kenapa tangan kiri aku tetiba sakit dan tak dapat digerakkan. Dah pergi berubat, diaorang kata kena sampuk jembalang bisa di jalanan. Memang berbisa pun, tergerak sikit jer sakit bukan main. Yelah makhluk halus memang kita tak nampak.

Walau bagaimanapun kita perlu mengakui bahawa makhluk halus juga ujud. Mereka juga makhluk Allah seperti kita juga, cuma asal kejadiannya saja bebeza. Buat rakan-rakan dan pengunjung weblog ini, doakan agar kesakitanku segera sembuh dan dapat menjalankan tugas seperti biasa. Risau juga terlalu lama bercuti tanpa dapat berbuat apa-apa. Yelah, orang macam aku ni, kalau tak kerja, maka hasil pun tak masuk, keluar pulak setiap hari ada saja....

DOA SEWAKTU MELIHAT KEMUNGKARAN
Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.


Posted at 10:06 pm by al_quazam
Make a comment

Sunday, June 05, 2005
Jamuan dan Kehadiran Boss razc

 Sungguh enak dan berselera sekali

 Suap jangan tak suap

 Inilah Boss tempat kerja aku bersama anak bungsunya

 Sebahagian rakan sekerja

 Masih berselera

 Taufik & Rosli

 Tersandar kekenyangan...

Teruskan makan.... 

Hari Jumaat 3hb. Jun 2005 kerja sehingga jam 4.00 petang. Hari ini semua pulang awal kerana malam nanti ada jamuan di rumah Boss sempena perkahwinan adik lelakinya yang juga bekerja ditempat yang sama. Seronok jugak sesekali balik awal, sabtu cuti umum kendian ahad cuti hari minggu. Panjangler cuti. Pulak tu tengaharinya dah sign slip gaji, bertambah seronokler... Selalunya 7hb. baru sign slip gaji.

Jam 5.00 ptg aku ke bank untuk cucuk duit, alamak tak masuk lagi..... selalunya lepas jam 6.00 baru masuk. Malam tu lepas jamuan makan aku ke bandar lagi nak cucuk duit. Laaaa tak masuk lagi... Jawabnya hari isninler baru masuk. Cuti panjang tapi duit gaji tak masuk agak membosankan maklumler langkah tak panjang kata orang.


 Sambil tonton TV

 Aku, Boss razc dan anak2

 Anak & Isteri Boss razc

anak bungsu Boss razc 

Malam ahad 4hb.Jun lebih kurang jam 8.00 mlm Boss Raza Computer call aku kat umah, dia kata nak singgah. Dah sampai depan bangunan TNB katanya. Sebelum ni memang Boss tak pernah sampai ke rumah aku. hari ini dia sekeluarga makan angin ke Melaka, singgah dirumah aku dalam perjalanan balik ke Rengit. Nasib baik jugak dia singgah, jadi tak perlu aku ke razc sekali lagi untuk menyerahkan CD yang mengandungi Majalah Syu'latul Kifah. CD yang aku serahkan  2 minggu lalu ada beberapa kesilapan yang tak disengajakan. Maklumlah kerja tergesa-gesa nak kejar due date punya pasal.

DOA KETIKA TIMBUL PEMIKIRAN JAHAT
Aku berlindung diri pada Allah dari gangguan syaitan; dan aku berimah kepada Allah dan rasul Nya.


Posted at 10:25 am by al_quazam
Comments (1)

Previous Page

Next Page